Wednesday, August 10, 2016

HKG - Day 3 & tips

It was a super duper long overdue post. For my future reference.

Hong Kong Trip Day 3 - 28 May 2016.

  1. Nak jugak pergi star avenue. Unfortunately tutup. Jalan ke golden of stars. Golden of stars ni byk tapak tangan celebrity HK. Kurang berbaloi pada mereka yg tak kenal. Tapi kat sini tepi laut, boleh tengok bangunan seberang sana (HK island). Lagi best masa tu tiba-tiba ada cruise virgo lalu nak pergi harbour city kat tepi star ferry jetty. 
  2. Kitaorg terus ke airport untuk simpan beg and jalan2 area lantau island plak. ($12/hour/piece utk simpan bag di Terminal 2). Naik bas again A21 with fare $33. 
  3. Dari T2, lapar singgah makan kat korean food. Itu aje paling least boleh makan sebab popeye franchise makanan halal tu lepas imigration. 
  4. Nak ke ngongping 360 naik cable car. Dari T2 airport, naik S1 ($3.50) ke Tung Shin station. Cable car tu tinggi $185, area tu ade aja org promote travel dia $170. Ade malaysian yg jumpa beli $240, tapi ape yg exclusive tak tahu. Tak naik sebab tak cukup duit.
  5. Di tungshin station tu ade food republic (tempat makan) and citygate outlet. macam mitsui outlet sepang la. Tapi kita nak ke disneyland melawat kawasan. 
  6. Utk ke disneyland, naik di tung shin station, turun selepas 1 station, and tukar platform menghala ke disneyland. Special nya. Ade satu train aje menghala ke sana and train dia bertingkapkan mickey mouse. Handrail pon bentuk mickey. Seat comel siap ade replika disney cartoon. Sangat cute.
  7. Haruslah takde tiket. Bergambar sikit2. And pulang ke airport. Masa ni musim hujan di HK. Awan di HK ni bergerak laju. Mungkin mereka sebuah negara pulau. 
  8. Airport kitaorg makan di Popeye. Sebab the only halal restorant kat situ. Airport HK ni unik. Ade byk gate and kene gerak naik train. Walau naik kat T2, still boleh pergi ke T1 and its connected. Tak macam KLIA & KLIA2 yg terminal lain2. Juga lain dari Changi airport, SG yg ade 3 terminus tu.
Tips Jimat Amirah

  1. Naik bas dari airport instead of airport express. Kalau ke Tsim Sha Tsui tu $33. (Airport express ke Tsing Yi - $60; pastu kene tukar train lagi). 
  2. Kalau nak naik MTR jugak dari airport, sila naik bas S1 ke Tung Ching Station ($3.50) and turun naik MTR ke mana-mana station berkenan di hati. (MTR, price start from $9). 
  3. Nak ke Hong Kong Island (orang panggil Ocean Island jugak), naik star ferry lebih murah (berbanding MTR). Upper deck - $2.50; lower deck - $2. 
  4. Di Hong Kong Island,naik la tram. Sekali naik $2.30 (MTR, price start from $9). 
  5. Sebabkan tak berapa nak naik MTR, kitaorg decide gune octopus card : $150 ($100 value card; $50 deposit)

Beware of: 
  1. Chung King Mansion tu banyak hostel tapi harus diingatkan bilik kecik sangat, sampai nak solat pon atas katil. Kalau sampai lewat and tak bayar lagi, sila la cakap awal-awal ke owner.
  2. There are dodgy place dekat HK. Kat sana ade aje orang mabuk pelik datang dekat. Jangan dekat and pandai2 ramah dengan orang. 
Ok mungkin information ini berguna untuk sesiapa, jadi letak sekali la. 

Travel & communication
  1. Octopus card : HKD 150 (50 deposit)
  2. Tourist pass : HKD 65/day. Unlimited trip. (24hours after the 1st touch; available in all train station). 
  3. Tourist cross-boundry tiket $140 for 2 days. (Dari mula operate mtr). Beli dari Lok Wu/Lok ma chau station. 
  4. Card find : Level 5 Airport counter express

Makanan Halal
  1. Tahitian Palace (Disneyland)
  2. Popeye (Airport)
  3. Ebenezeers' Kebab (NgongPing 360)
  4. Wan Chai (Islamic Canteen) dim sum
  5. Tsim Cha TSui (ChungKing Mansion)
  6. Food Republic (CityGate Outlet)

anda tentukan

No comments: