Tuesday, June 7, 2016

HKG - Day 2

Ianya adalah sebuah post lama. Yang baru nak post. Tulis dah lama. Trip ke Hong Kong.
Hari kedua - 27 May 2016.

  1. Plan nak ke Hong Kong Island. (Hong Kong is an islands country, mereka dah bahagi2 kepada Lantak Island, Kowloon, New Terrotery and Hong Kong Island). 
  2. Naik Star Ferry ke Central. ($2.50/person - duduk upper deck. Kalau lower deck, $2 saja).
  3. Dari central tu. Jalan kaki sampai ke peak tram (sampai nak cramp kaki). $83/person untuk naik sampai victoria peak/the peak and tgok semua hongkong.
  4. Teringin naik tram and turun di wan chai. Lapar ke islamic centre. Sila ada map untuk mudahkan cerita. Naik tram murah berbanding mtr. Hanya bayar $2.30 sahaja. Asal naik aje bayar. Lepas tu naik kat pintu belakang and xbayar. Nanti nak turun touch the octopus card
  5. Solat di islamic centre/Masjid Ammar & Ramjun. Level 5 ade islamic canteen yang boleh makan dim sum halal. Cili diaaa perghhhh pedas tahap dewa dewi. Tapi ingat dim sum ade siang aje. So, make sure datang before 1.00 pm untuk makan. Kalau pukul 3 tu jawapnya korg jadi tukang basuh pinggan aje la. Kitaorg lambat. So, dapat la sisa. Habis la jugak $77 utk 4 hidangan.
  6. Pedas sangat, amirah tak tahan. Jalan sikit ade convinience store. Nak beli aiskrim. Bantai beli aiskrim haazen das, $30 melayang. (Later, claim: ape aku buat dgn duit aku eh)
  7. Sebabkan tram kat hongkong island ni murah. Kitaorg decide nak jalan2 lagi, fully utilise the octopus card. 
  8. Pergi ke causeway bay. Saja jalan2. Banyak la kedai2. Nak kata macam oxford street tapi ni kecik aje jalannya. Nak kata Shibuya, rasanya tak la busy sangat. Macam causeway bay la.
  9. Lepas tu dah jalan-jalan tengok alam kat sini, kitorg patah balik ke central untuk balik ke seberang dengan ferry. Jimat kot naik tram and ferry ni berbanding MTR.
  10. Kitaorg balik guesthouse dulu. Amek tenaga (bukan tido) and keluar balik lepas masuk waktu maghrib.
  11. Sebelum ke ladies market, marilah kita menonton symphony light di tebing laut sebelah aje star ferry terminal utk ke seberang (hongkong island). Hujan lebat wei. Symphony light start pkl 8. Persembahan dia ade la dalam 15 minutes aje. Kalau rasa nak amaze dgn kekayaan HK dan kegigihan mereka bazir duit utk tarik pelancong, marilah menonton semua ini. 
  12. Destinasi ke Ladies Market di stesen mongkok utk cari souvenior. Saya ade rules. Kalau nak survey tak payah pegang ape2. Tanya aje berapa harga. Kat sini habislah jugak. Fridge magnet ($11/each;8baju utk $100;7 stokin utk $100)
  13. Lapar pulak. Jalan punye jalan. Tak jumpa pon kedai makan halal ke apa. Nak makan makanan india amirah punye tekak takboleh terima. Sekali nampak sushi express. Masuk. Makan nasi telur and inari saja. Kicap dia, tak sentuh pon. Habis $102 for 2 pax. 
  14. Asalnya nak pergi star avenue. Kaki nak tercabut. Kita balik aje. 


anda tentukan

No comments: