Sunday, January 1, 2017

2017 resolution(s)

Assalmualaikum.

Kononnya amirah ada azam baru. Tapi sebenarnya takda. Sebab azam 2 azam tahun lepas kene bring forward.

And these 2 resolutions need some revised.
1. Keyword : 55
2. Keyword : Vigette

On top of these 2 resolutions, nak tambah lagi la :
1. Kurangkan laju waktu driving (pesanan mama)
2. Make it 10.

These few days, amirah terfikir macam mana nak naikkan jumlah pelepasan cukai di income tax supaya income tax yang dibayar tak banyak sangat. Payah sikit la.

anda tentukan

Wednesday, August 10, 2016

HKG - Day 3 & tips

It was a super duper long overdue post. For my future reference.

Hong Kong Trip Day 3 - 28 May 2016.

  1. Nak jugak pergi star avenue. Unfortunately tutup. Jalan ke golden of stars. Golden of stars ni byk tapak tangan celebrity HK. Kurang berbaloi pada mereka yg tak kenal. Tapi kat sini tepi laut, boleh tengok bangunan seberang sana (HK island). Lagi best masa tu tiba-tiba ada cruise virgo lalu nak pergi harbour city kat tepi star ferry jetty. 
  2. Kitaorg terus ke airport untuk simpan beg and jalan2 area lantau island plak. ($12/hour/piece utk simpan bag di Terminal 2). Naik bas again A21 with fare $33. 
  3. Dari T2, lapar singgah makan kat korean food. Itu aje paling least boleh makan sebab popeye franchise makanan halal tu lepas imigration. 
  4. Nak ke ngongping 360 naik cable car. Dari T2 airport, naik S1 ($3.50) ke Tung Shin station. Cable car tu tinggi $185, area tu ade aja org promote travel dia $170. Ade malaysian yg jumpa beli $240, tapi ape yg exclusive tak tahu. Tak naik sebab tak cukup duit.
  5. Di tungshin station tu ade food republic (tempat makan) and citygate outlet. macam mitsui outlet sepang la. Tapi kita nak ke disneyland melawat kawasan. 
  6. Utk ke disneyland, naik di tung shin station, turun selepas 1 station, and tukar platform menghala ke disneyland. Special nya. Ade satu train aje menghala ke sana and train dia bertingkapkan mickey mouse. Handrail pon bentuk mickey. Seat comel siap ade replika disney cartoon. Sangat cute.
  7. Haruslah takde tiket. Bergambar sikit2. And pulang ke airport. Masa ni musim hujan di HK. Awan di HK ni bergerak laju. Mungkin mereka sebuah negara pulau. 
  8. Airport kitaorg makan di Popeye. Sebab the only halal restorant kat situ. Airport HK ni unik. Ade byk gate and kene gerak naik train. Walau naik kat T2, still boleh pergi ke T1 and its connected. Tak macam KLIA & KLIA2 yg terminal lain2. Juga lain dari Changi airport, SG yg ade 3 terminus tu.
Tips Jimat Amirah

  1. Naik bas dari airport instead of airport express. Kalau ke Tsim Sha Tsui tu $33. (Airport express ke Tsing Yi - $60; pastu kene tukar train lagi). 
  2. Kalau nak naik MTR jugak dari airport, sila naik bas S1 ke Tung Ching Station ($3.50) and turun naik MTR ke mana-mana station berkenan di hati. (MTR, price start from $9). 
  3. Nak ke Hong Kong Island (orang panggil Ocean Island jugak), naik star ferry lebih murah (berbanding MTR). Upper deck - $2.50; lower deck - $2. 
  4. Di Hong Kong Island,naik la tram. Sekali naik $2.30 (MTR, price start from $9). 
  5. Sebabkan tak berapa nak naik MTR, kitaorg decide gune octopus card : $150 ($100 value card; $50 deposit)

Beware of: 
  1. Chung King Mansion tu banyak hostel tapi harus diingatkan bilik kecik sangat, sampai nak solat pon atas katil. Kalau sampai lewat and tak bayar lagi, sila la cakap awal-awal ke owner.
  2. There are dodgy place dekat HK. Kat sana ade aje orang mabuk pelik datang dekat. Jangan dekat and pandai2 ramah dengan orang. 
Ok mungkin information ini berguna untuk sesiapa, jadi letak sekali la. 

Travel & communication
  1. Octopus card : HKD 150 (50 deposit)
  2. Tourist pass : HKD 65/day. Unlimited trip. (24hours after the 1st touch; available in all train station). 
  3. Tourist cross-boundry tiket $140 for 2 days. (Dari mula operate mtr). Beli dari Lok Wu/Lok ma chau station. 
  4. Card find : Level 5 Airport counter express

Makanan Halal
  1. Tahitian Palace (Disneyland)
  2. Popeye (Airport)
  3. Ebenezeers' Kebab (NgongPing 360)
  4. Wan Chai (Islamic Canteen) dim sum
  5. Tsim Cha TSui (ChungKing Mansion)
  6. Food Republic (CityGate Outlet)

anda tentukan

Tuesday, June 7, 2016

HKG - Day 2

Ianya adalah sebuah post lama. Yang baru nak post. Tulis dah lama. Trip ke Hong Kong.
Hari kedua - 27 May 2016.

  1. Plan nak ke Hong Kong Island. (Hong Kong is an islands country, mereka dah bahagi2 kepada Lantak Island, Kowloon, New Terrotery and Hong Kong Island). 
  2. Naik Star Ferry ke Central. ($2.50/person - duduk upper deck. Kalau lower deck, $2 saja).
  3. Dari central tu. Jalan kaki sampai ke peak tram (sampai nak cramp kaki). $83/person untuk naik sampai victoria peak/the peak and tgok semua hongkong.
  4. Teringin naik tram and turun di wan chai. Lapar ke islamic centre. Sila ada map untuk mudahkan cerita. Naik tram murah berbanding mtr. Hanya bayar $2.30 sahaja. Asal naik aje bayar. Lepas tu naik kat pintu belakang and xbayar. Nanti nak turun touch the octopus card
  5. Solat di islamic centre/Masjid Ammar & Ramjun. Level 5 ade islamic canteen yang boleh makan dim sum halal. Cili diaaa perghhhh pedas tahap dewa dewi. Tapi ingat dim sum ade siang aje. So, make sure datang before 1.00 pm untuk makan. Kalau pukul 3 tu jawapnya korg jadi tukang basuh pinggan aje la. Kitaorg lambat. So, dapat la sisa. Habis la jugak $77 utk 4 hidangan.
  6. Pedas sangat, amirah tak tahan. Jalan sikit ade convinience store. Nak beli aiskrim. Bantai beli aiskrim haazen das, $30 melayang. (Later, claim: ape aku buat dgn duit aku eh)
  7. Sebabkan tram kat hongkong island ni murah. Kitaorg decide nak jalan2 lagi, fully utilise the octopus card. 
  8. Pergi ke causeway bay. Saja jalan2. Banyak la kedai2. Nak kata macam oxford street tapi ni kecik aje jalannya. Nak kata Shibuya, rasanya tak la busy sangat. Macam causeway bay la.
  9. Lepas tu dah jalan-jalan tengok alam kat sini, kitorg patah balik ke central untuk balik ke seberang dengan ferry. Jimat kot naik tram and ferry ni berbanding MTR.
  10. Kitaorg balik guesthouse dulu. Amek tenaga (bukan tido) and keluar balik lepas masuk waktu maghrib.
  11. Sebelum ke ladies market, marilah kita menonton symphony light di tebing laut sebelah aje star ferry terminal utk ke seberang (hongkong island). Hujan lebat wei. Symphony light start pkl 8. Persembahan dia ade la dalam 15 minutes aje. Kalau rasa nak amaze dgn kekayaan HK dan kegigihan mereka bazir duit utk tarik pelancong, marilah menonton semua ini. 
  12. Destinasi ke Ladies Market di stesen mongkok utk cari souvenior. Saya ade rules. Kalau nak survey tak payah pegang ape2. Tanya aje berapa harga. Kat sini habislah jugak. Fridge magnet ($11/each;8baju utk $100;7 stokin utk $100)
  13. Lapar pulak. Jalan punye jalan. Tak jumpa pon kedai makan halal ke apa. Nak makan makanan india amirah punye tekak takboleh terima. Sekali nampak sushi express. Masuk. Makan nasi telur and inari saja. Kicap dia, tak sentuh pon. Habis $102 for 2 pax. 
  14. Asalnya nak pergi star avenue. Kaki nak tercabut. Kita balik aje. 


anda tentukan

Sunday, June 5, 2016

HKG - Day 1

Seminggu sebelum puasa, saya and Maji pergi ke Hong Kong berdua. Saya beli tiket ni sebab:
1. Murah. Off course dengan AirAsia.
2. Saya tengah fed-up dengan boss. (I have love-hate relationship dengan manager, I guess)

Lalu terhasil la trip ini.

26/05/16
1. 1.00pm : Keluar office
2. Arrive KLIA2 around 2.15pm
3. Kami lambat tukar duit. Sibuk nak settlekan semua kerja.
4. Akhirnya tukar kat KLIA2. NEVER EVER DO THIS IN FUTURE.
RM550 = HKD1000. If possible do not get Note 1000 sekeping (like us).. Susah diterima di HK.
5. Scheduled flight depart 4.40pm. Tapi departed 5.50pm due to technical error and changed the departure gate.
6. Arrive. 9.50pm (4hours flight). Tukar USD 80 = HKD 566. *better tukar tempat lain selain dari airport. Chung King Mansion ade money changer*
7. Bus terminal A21 to Hung Hom Station (stop no. 13 Tsim Sha Tsui) with HKD33/person. Journey lebih kurang 55mins. Stop depan MTR Station gate B1 and depan Masjid Kowloon yang ada di seberang jalan. Sebabkan hostel kat chungking mansion building, di Gate E, masuk ke gate B1 tadi and jalan dalam kawasan train tu utk ke Gate E. Ade kisah menarik, Terpergi ke bus stop E21. Weng punye amirah.
8. View. Umpama lego. Rumah sangat tinggi. Highway simpang siur. Macam dalam drama hong kong betul laa. Naik bas express double decker and duduk atas, boleh tengok best view.
9. Maple guest house sangat kecik. I dont know how people survive. Seriously.




anda tentukan

Tuesday, February 23, 2016

Hard. Choice

Assalamualaikum,

At one point of my life, every single of my actions will lead trouble to others.
When you tried very hard to dissolve that actions, other bad perception occured.

Sigh.

That point you realised that you should not take any actions in the first place.
And you need to bare to the consequences, which will make you hurt deeper.

Now, either make your heart satisfy and hurt others
Or
Make others satisfy and hurt yourself.

Hard choice.
Sigh. Again.

anda tentukan